Sunday, November 20, 2022

PILIHAN

Apakah maksud pilihan? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 'pilihan' didefinisikan sebagai yang telah dipilih,dan hasil memilih. Dalam kehidupan ini, terdapat banyak pendapat dan gaya hidup yang menerjah pemikiran kita setiap hari. Oleh itu, kita ada banyak cadangan untuk dipilih. Contohnya, pilihan untuk makan nasi putih ayam butter atau nasi putih ayam kunyit, pilihan untuk minum milo atau kopi, pilihan untuk beli baju atau seluar dan sebagainya. Setiap orang mempunyai hak untuk membuat keputusan tentang cara menjalani kehidupan sendiri. Setiap orang memang mempunyai idea yang berbeza terhadap perkara yang penting dan perkara yang membuatkan kita terasa baik.


Dalam kehidupan univerisiti, ada dua pilihan boleh dijalani. Salah satu ialah aktifkan sendiri dalam pelbagai program dan acara yang dianjurkan oleh pihak universiti, oleh itu, anda boleh mengenali banyak kawan yang baharu dan mendapat pengalaman yang tidak dapat diajar dalam bilik darjah. Satu lagi ialah buat diam-diam dalam bilik sendiri, menyiapkan kerja dengan sempurna tetapi tidak aktif dalam apa-apa acara yang dianjurkan. Kedua-dua pilihan ini tiada betul atau salah. Inilah pilihan sendiri bagi cara menjalani kehidupan universiti. Oleh itu, pilihan yang diputuskan oleh kita sendiri adalah sangat penting.  Jadi, fikirlah pilihan yang bermanfaat untuk sendiri sebelum membuat sesuatu keputusan. 

No comments:

Post a Comment

JUMPA LAGI

Blog ini mungkin merupakan blog yang terakhir bagi tugasan saya pada kursus Aplikasi Komputer. Saya bersyukur kerana mempunyai satu platform...