1. Tetapkan matlamat yang realistik
Kenali pemikiran yang menyebabkan anda belajar berkaitan dengan tekanan. Banyak kali kita fikirkan macam-macam kita boleh buat, tetapi BERFIKIR SAHAJA dan tidak melaksanakan rancangan yang ada. Ataupun telah merancangkan beberapa jangkaan tetapi sasaran itu tidak dapat dicapai. Oleh itu, hal ini menimbulkan tekanan dan bimbangan.
Contohnya, saya merancang untuk mengulangkaji mata pelajaran Prinsip Perakaunan dan Ekonomi seterusnya membaca satu buku pada hari Rabu. Manakala, hari itu saya tiba-tiba perlu menghadiri satu program. Oleh itu, rancangan saya terpaksa ditangguhkan. Selepas itu, saya berasa bimbang dan stres sebab tak cukup masa untuk melengkapkan sasaran. Oleh itu, sasaran yang realistik adalah sangat penting! Kalau saya bercadang mengulangkaji mata pelajaran Prinsip Perakaunan dan Ekonomi sahaja, mungkin matlamat dapat dicapai.
Jadi, mula cuba belajar untuk menetapkan matlamat yang realistik dan menggantikan pemikiran yang tidak realistik!
2. Senaman
Apabila anda berasa tertekan, marilah berjalan-jalan di udara segar. Di Univerisiti Kebangsaan Malaysia, banyaklah taman hutan dan tempat untuk berjoging, marilah pergi dan meneroka flora yang diadakan. Mengikut kajian, berjalan kaki 30 minit setiap hari boleh membantu mengurangkan tahap tekanan. Ia adalah cara terbaik untuk merehatkan minda dan otot anda. Walaupun anda malas atau tak ada masa untuk berjalan ke taman hutan, taman persekitaran di kolej anda juga boleh diakseskan untuk bersenam. Sila luangkan 10 minit dari kehidupan sibuk anda untuk menghirup udara segar.
3. Elakkan berlengah-lengah
Penangguhan mungkin berasa baik pada masa itu, tetapi ia sering membawa kepada tekanan. Dengan menguruskan masa dengan bijak, anda boleh mengelakkan daripada menghabiskan sepanjang malam untuk mengejar kerja kursus. Penangguhan yang lazim mungkin merupakan tanda ADHD atau kebimbangan. Oleh itu, kita perlulah melakukan kerja pada masa yang ditetapkan. Dengan itu adalah satu perpatah Cina, peristiwa hari ini, hari ini berakhir. Jangan menanggukan kerja sampai hari kedua! Jika benar-benar tidak dapat menyelesaikan hari ini, maka anda mestilah menyelesaikannya pada keesokkan harinya. Tabiat buruk perlu diperbaiki supaya menjadi orang yang ulung.
Pengurusan tekanan adalah diwajibkan supaya kita lebih sihat. Tiada sesiapa yang sempurna dalam kehidupan, jadi jangan memandang rendah sendiri. Sentiasa cuba mengekalkan sikap positif dan berlatih teknik relaksasi yang berbeza dari semasa ke semasa. Jadilah kuat dan sayangi diri sendiri.
No comments:
Post a Comment