PEMBULIAN atau PERUNDUNGAN ialah pembuatan yang bertujuan untuk menunjukkan kekuatan, membuli atau mencederakan orang tertentu yang dilihat lebih lemah daripada pelaku dengan mendera atau mendera mangsa. Buli ialah tingkah laku agresif yang dicirikan oleh tiga kriteria iaitu:
1. Niat bermusuhan -- si pelaku tidak berpuas hati terhadap tingkah laku atau perwatakan mangsa. Sebagai contoh, mangsa adalah pelajar straight-A namun pelaku adalah pelajar pemalas, pelaku tidak berpuas hati mangsa tersebut kerap dipuji oleh guru, jadi dia memperoleh kepuasan yang berbeza daripada membuli orang.
2. Ketidakseimbangan kekuatan -- si pelaku menggunakan kuasa mereka iaitu kekuatan fizikal untuk mendapatkan maklumat yang malu atau mendapat populariti bagi mengawal atau membahayakan orang lain. Contohnya, seorang lelaki yang bertubuh besar dan tinggi selalu menderakan lelaki yang kurus dan berdiam kerana mangsa tidak tahu bagaimana untuk menentang seseorang yang tidak seimbang kekuatannya
3. Pengulangan dalam satu tempoh masa -- belaku lebih daripada satu kali atau berpontensi berlaku lebih daripada satu kali
Jenis-Jenis buli:
1. Buli lisan termasuk (1)mengusik seseorang, (2)panggilan nama, (3)komen seksual yang tidak wajar, (4)mengejek dan (5)mengancam untuk mendatangkan kemudaratan
2. Buli sosial/ buli hubungan (ia mencederakan reputasi atau hubungan seseorang) termasuk (1)meninggalkan seseorang dengan sengaja, (2) memberitahukan orang lain supaya tidak berkawan dengan seseorang, (3)menyebarkan khabar angin tentang seseorang dan (4) memalukan seseorang di khalayak ramai
3. Buli fizikal ( ia menyakiti badan atau harta benda seseorang) termasuk (1) memukul/menendang/mencubit, (2) meludah, (3) tersandung/ menolak, (4) mengambil atau memecahkan barang seseorang dan (5) membuat isyarat tangan yang kejam dan kasar
4. Buli siber ( ia merupakan kejadian yang sering belaku dan kian meningkat, ia tidak diketahui kerana mangsa tidak tampil untuk mendapatkan bantuan) termasuk (1) mesej yang mengganggu dan mengancam, (2) menyalahgunakan kata laluan atau nama skrin orang lain atau menyamar sebagai orang lain, (3)sexting(tindakan menghantar gambar, mesej atau video berunsurkan seksual menggunakan telefon bimbit), (4) memuat naik komen atau gambar yang tidak seronok, dan (5) memulaukan individu tertentu daripada kumpulan internet dengan sengaja
Kesan-kesan buli:
Untuk Pembuli
1. kemungkinan besar akan menjadi penjenayah dalam kehidupannya yang akan datang
2. mungkin mengakibatkan Kecelaruan Personaliti Antisosial (ASPD)
Untuk Mangsa
1. membalas dendam kepada orang lain untuk tujuan mengembalikan harga diri yang hilang akibat dibuli
2. berasa bosan untuk buat apa-apa/ tidak berminat untuk buat apa-apa lagi dan sanggup mencederakan diri sendiri atau cuba untuk BUNUH DIRI
3. rasa rendah diri, hilang keyakinan diri dan watak terpesong
Langkah-langkah untuk mencegah dan menyelesaikan masalah buli:
1. Wujudkan akta khusus iaitu Akta Anti Buli
2. Menubuhkan Pasukan Petugas Khas mengenai pengurusan sosial dan emosi bagi menangani masalah buli
3. Biarkah TV Kebangsaan melancarkan pengisytiharan tindakan bagi berjuta-juta rakyat untuk menyeru orang ramai memberi lebih banyak perhatian kepada isu buli, contohnya RTM, Astro
Data-data kes buli:
Pelaporan Berita Buli dalam Akhbar Broadsheet Utusan Malaysia dan Tabloid Berita Harian di Malaysia
Kes Buli di UPNM
Kes buli dalam tempoh 4 bulan
No comments:
Post a Comment