Friday, November 25, 2022

BULI


PEMBULIAN atau PERUNDUNGAN ialah pembuatan yang bertujuan untuk menunjukkan kekuatan, membuli atau mencederakan orang tertentu yang dilihat lebih lemah daripada pelaku dengan mendera atau mendera mangsa. Buli ialah tingkah laku agresif yang dicirikan oleh tiga kriteria iaitu:

1. Niat bermusuhan -- si pelaku tidak berpuas hati terhadap tingkah laku atau perwatakan mangsa. Sebagai contoh, mangsa adalah pelajar straight-A namun pelaku adalah pelajar pemalas, pelaku tidak berpuas hati mangsa tersebut kerap dipuji oleh guru, jadi dia memperoleh kepuasan yang berbeza daripada membuli orang.

2. Ketidakseimbangan kekuatan -- si pelaku menggunakan kuasa mereka iaitu kekuatan fizikal untuk mendapatkan maklumat yang malu atau mendapat populariti bagi mengawal atau membahayakan orang lain. Contohnya, seorang lelaki yang bertubuh besar dan tinggi selalu menderakan lelaki yang kurus dan berdiam kerana mangsa tidak tahu bagaimana untuk menentang seseorang yang tidak seimbang kekuatannya

3. Pengulangan dalam satu tempoh masa -- belaku lebih daripada satu kali atau berpontensi berlaku lebih daripada satu kali


Jenis-Jenis buli:

1. Buli lisan termasuk (1)mengusik seseorang, (2)panggilan nama, (3)komen seksual yang tidak wajar, (4)mengejek dan (5)mengancam untuk mendatangkan kemudaratan

2. Buli sosial/ buli hubungan (ia mencederakan reputasi atau hubungan seseorang) termasuk (1)meninggalkan seseorang dengan sengaja, (2) memberitahukan orang lain supaya tidak berkawan dengan seseorang, (3)menyebarkan khabar angin tentang seseorang dan (4) memalukan seseorang di khalayak ramai

3. Buli fizikal ( ia menyakiti badan atau harta benda seseorang) termasuk (1) memukul/menendang/mencubit, (2) meludah, (3) tersandung/ menolak, (4) mengambil atau memecahkan barang seseorang dan (5) membuat isyarat tangan yang kejam dan kasar

4. Buli siber ( ia merupakan kejadian yang sering belaku dan kian meningkat, ia tidak diketahui kerana mangsa tidak tampil untuk mendapatkan bantuan) termasuk (1) mesej yang mengganggu dan mengancam, (2) menyalahgunakan kata laluan atau nama skrin orang lain atau menyamar sebagai orang lain, (3)sexting(tindakan menghantar gambar, mesej atau video berunsurkan seksual menggunakan telefon bimbit), (4) memuat naik komen atau gambar yang tidak seronok, dan (5) memulaukan individu tertentu daripada kumpulan internet dengan sengaja


Kesan-kesan buli:

Untuk Pembuli
1. kemungkinan besar akan menjadi penjenayah dalam kehidupannya yang akan datang
2. mungkin mengakibatkan Kecelaruan Personaliti Antisosial (ASPD)

Untuk Mangsa
1. membalas dendam kepada orang lain untuk tujuan mengembalikan harga diri yang hilang akibat dibuli
2.  berasa bosan untuk buat apa-apa/ tidak berminat untuk buat apa-apa lagi dan sanggup mencederakan diri sendiri atau cuba untuk BUNUH DIRI
3. rasa rendah diri, hilang keyakinan diri dan watak terpesong



Langkah-langkah untuk mencegah dan menyelesaikan masalah buli:

1. Wujudkan akta khusus iaitu Akta Anti Buli
2. Menubuhkan Pasukan Petugas Khas  mengenai pengurusan sosial dan emosi bagi menangani masalah buli
3. Biarkah TV Kebangsaan melancarkan pengisytiharan tindakan bagi berjuta-juta rakyat untuk menyeru orang ramai memberi lebih banyak perhatian kepada isu buli, contohnya RTM, Astro

Data-data kes buli:
Pelaporan Berita Buli dalam Akhbar Broadsheet Utusan Malaysia dan Tabloid Berita Harian di Malaysia
Kes Buli di UPNM
Kes buli dalam tempoh 4 bulan



Izinkan saya mengucapkan sepatah dua kata daripada lubuk hati saya, saya sangat berharap insiden buli tidak berlaku lagi, dan dunia kita akan menjadi lebih aman dan penuh kasih sayang.💞

Sunday, November 20, 2022

PILIHAN

Apakah maksud pilihan? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 'pilihan' didefinisikan sebagai yang telah dipilih,dan hasil memilih. Dalam kehidupan ini, terdapat banyak pendapat dan gaya hidup yang menerjah pemikiran kita setiap hari. Oleh itu, kita ada banyak cadangan untuk dipilih. Contohnya, pilihan untuk makan nasi putih ayam butter atau nasi putih ayam kunyit, pilihan untuk minum milo atau kopi, pilihan untuk beli baju atau seluar dan sebagainya. Setiap orang mempunyai hak untuk membuat keputusan tentang cara menjalani kehidupan sendiri. Setiap orang memang mempunyai idea yang berbeza terhadap perkara yang penting dan perkara yang membuatkan kita terasa baik.


Dalam kehidupan univerisiti, ada dua pilihan boleh dijalani. Salah satu ialah aktifkan sendiri dalam pelbagai program dan acara yang dianjurkan oleh pihak universiti, oleh itu, anda boleh mengenali banyak kawan yang baharu dan mendapat pengalaman yang tidak dapat diajar dalam bilik darjah. Satu lagi ialah buat diam-diam dalam bilik sendiri, menyiapkan kerja dengan sempurna tetapi tidak aktif dalam apa-apa acara yang dianjurkan. Kedua-dua pilihan ini tiada betul atau salah. Inilah pilihan sendiri bagi cara menjalani kehidupan universiti. Oleh itu, pilihan yang diputuskan oleh kita sendiri adalah sangat penting.  Jadi, fikirlah pilihan yang bermanfaat untuk sendiri sebelum membuat sesuatu keputusan. 

Sunday, November 13, 2022

CARA MENGATASI TEKANAN DI UNIVERSITI

Apakah stres? Stres adalah fenomena yang sangat kompleks yang boleh kita definisi dalam beberapa cara. Ia adalah tindak balas apabila kita tertekan atau terancam. Ia selalu berlaku apabila kita berada dalam situasi yang tidak boleh digurus atau dikawal. Sebagai pelajar universiti, saya sentiasa berasa tertekan apabila menghadapi banyak tugasan dan acara yang perlu sertai. Oleh itu, saya mengumpulkan beberapa data untuk mencari kaedah bagi menyelesaikan tekenan emosi saya.
Apakah stres?


Berikut adalah cara-cara untuk menyelesaikan tekanan:

1. Tetapkan matlamat yang realistik

Kenali pemikiran yang menyebabkan anda belajar berkaitan dengan tekanan. Banyak kali kita fikirkan macam-macam kita boleh buat, tetapi BERFIKIR SAHAJA dan tidak melaksanakan rancangan yang ada. Ataupun telah merancangkan beberapa jangkaan tetapi sasaran itu tidak dapat dicapai. Oleh itu, hal ini menimbulkan tekanan dan bimbangan. 
Contohnya, saya merancang untuk mengulangkaji mata pelajaran Prinsip Perakaunan dan Ekonomi seterusnya membaca satu buku pada hari Rabu. Manakala, hari itu saya tiba-tiba perlu menghadiri satu program. Oleh itu, rancangan saya terpaksa ditangguhkan. Selepas itu, saya berasa bimbang dan stres sebab tak cukup masa untuk melengkapkan sasaran. Oleh itu, sasaran yang realistik adalah sangat penting! Kalau saya bercadang mengulangkaji mata pelajaran Prinsip Perakaunan dan Ekonomi sahaja, mungkin matlamat dapat dicapai.
Jadi, mula cuba belajar untuk menetapkan matlamat yang realistik dan menggantikan pemikiran yang tidak realistik! 

2. Senaman

Apabila anda berasa tertekan, marilah berjalan-jalan di udara segar. Di Univerisiti Kebangsaan Malaysia, banyaklah taman hutan dan tempat untuk berjoging, marilah pergi dan meneroka flora yang diadakan. Mengikut kajian, berjalan kaki 30 minit setiap hari boleh membantu mengurangkan tahap tekanan. Ia adalah cara terbaik untuk merehatkan minda dan otot anda. Walaupun anda malas atau tak ada masa untuk berjalan ke taman hutan, taman persekitaran di kolej anda juga boleh diakseskan untuk bersenam. Sila luangkan 10 minit dari kehidupan sibuk anda untuk menghirup udara segar.

3. Elakkan berlengah-lengah

Penangguhan mungkin berasa baik pada masa itu, tetapi ia sering membawa kepada tekanan. Dengan menguruskan masa dengan bijak, anda boleh mengelakkan daripada menghabiskan sepanjang malam untuk mengejar kerja kursus. Penangguhan yang lazim mungkin merupakan tanda ADHD atau kebimbangan. Oleh itu, kita perlulah melakukan kerja pada masa yang ditetapkan. Dengan itu adalah satu perpatah Cina, peristiwa hari ini, hari ini berakhir. Jangan menanggukan kerja sampai hari kedua! Jika benar-benar tidak dapat menyelesaikan hari ini, maka anda mestilah menyelesaikannya pada keesokkan harinya. Tabiat buruk perlu diperbaiki supaya menjadi orang yang ulung.

Pengurusan tekanan adalah diwajibkan supaya kita lebih sihat. Tiada sesiapa yang sempurna dalam kehidupan, jadi jangan memandang rendah sendiri. Sentiasa cuba mengekalkan sikap positif dan berlatih teknik relaksasi yang berbeza dari semasa ke semasa. Jadilah kuat dan sayangi diri sendiri.  



Saturday, November 5, 2022

MULA

Hi, Everyone! Here is my first blog in Universiti Kebangsaan Malaysia.😃

 I am so excited that I am trying to use a new way to greet my teacher and fellow friends. I was here because I have taken a course that is Computer Application in my first semester year 1. In my last class, I learned how to use Microsoft Excel to find the math function, adjust the columns and rows, verify the database, and others. It is a new experience because I have not learned it before. By the way, my lecturer, Mr. Dzul Azzwan is a humorous and funny person. He likes to tell us a lot of funny jokes in class and he likes to communicate with students too. His class becomes relaxed and warm with his talk. That's all that I want to share, thank you for the kind person who is willing to view my first blog. See you next time!




Formulas taught in class


What we learned in the last class- about Formulas--Insert Functions






JUMPA LAGI

Blog ini mungkin merupakan blog yang terakhir bagi tugasan saya pada kursus Aplikasi Komputer. Saya bersyukur kerana mempunyai satu platform...