Blog ini mungkin merupakan blog yang terakhir bagi tugasan saya pada kursus Aplikasi Komputer. Saya bersyukur kerana mempunyai satu platform untuk meluahkan pendapat dan perasaan saya semasa berada dalam universiti. Melalui platform ini, saya dapat melengkapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah saya iaitu Encik Dzul Azzwan dan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya supaya saya dapat mengenai platform " Blogger" dan belajar kemahiran insaniah. Akhir kata, tiada parti yang tidak larut di dunia, kami jumpa lagi pada masa hadapan.
University Life
Wednesday, January 18, 2023
Tuesday, January 17, 2023
SAMBUTAN TAHUN BARU CINA
Monday, January 2, 2023
LAMBAT
Lambat merupakan tingkah laku yang dilakukan oleh orang ramai umpamanya lambat untuk datang ke sekolah, lambat datang untuk kerja, lambat hantar tugasan yang diberi oleh pensyarah, jalan dengan lambat dan sebagainya. Walaupun orang ramai mungkin tidak sentiasa lambat, tetapi memang kadang-kadang akan lambat. Hari ini, saya ada kelas Aplikasi Komputer di Makmal Komputer 3, FEP. Saya menepati masa dan sampai kelas pada pukul 8.00 pagi. Semasa saya sampai kelas, rakan sekelas pun baru masuk dan cari tempat duduk. Selepas itu, pensyarah kami, Encik Mohd Dzul Azzwan memberitahu kami bahawa telah berlaku kesilapan pengiraan kehadiran bagi minggu lepas dan cuba mencari pelajar yang tidak hadir minggu lepas. Dengan tiba-tiba, 8 pelajar lelaki lambat datang ke kelas. Mereka sudah lambat selama 10 minit. Encik Mohd Dzul Azzwan menghukum mereka berdiri sebelah pintu masuk seterusnya sambung dengan topik yang bincangkan tadi. Selepas siap bincang, pelajar-pelajar lelaki itu baru suruh duduk. Cerita ini memberitahu kami jangan lambat datang ke kelas dan kami sebagai pelajar perlulah menepati masa untuk menghadiri apa-apa kelas. Sebagai seorang pelajar dan juga dewasa, kami perlulah berdikari dan menepati masa yang ditetapkan supaya membina laluan kepada kejayaan dalam kehidupan pelajaran dengan membolehkan merancang lebih awal, membuat rutin dengan cekap.
Wednesday, December 28, 2022
HUBUNGAN
Hubungan boleh dikelaskan kepada lima jenis iaitu hubungan kekeluargaan, persahabatan, hubungan romantik, hubungan kerja dan perkenalan. Hari ini, saya ingin membincangkan tentang persahabatan yang saya perolehi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Sejak saya datang ke UKM, saya telah bertemu dengan beberapa pelajar yang comel dan menarik. Kami bergaul dengan mesra. Saya berasa gembira kerana mengenali kawan baharu yang baik hati dan suka bantu-membantu. Kawan yang saya baru kenali ialah rakan serumah saya, kami sentiasa berjumpa untuk melepak di mana-mana tempat.
Seterusnya, saya juga mengenali beberapa rakan sekursus apabila menyertai sesuatu program yang dianjurkan oleh kelab pengurusan. Kami membuat arahan permainan bersama-sama. Walaupun kami kalah dalam permainan tersebut, tetapi kami masih gembira dalam proses permainan.
Ringkasnya, saya sangat menghargai persahabatan yang saya perolehi di univerisiti ini. Ia membolehkan kehidupan saya di universiti menjadi lebih menarik dan indah.
Sunday, December 25, 2022
PERUBAHAN IKLIM DI DUNIA
Menurut laporan WMO Provisional State of the Global Climate pada 2022, iklim pada lapan tahun lalu berada di landasan untuk menjadi lapan tahun yang terpanas dalam rekod, ia didorong oleh kepekatan gas rumah hijau yang sentiasa meningkat dan haba terkumpul. Gelombang haba yang melampau, kemarau dan banjir telah menjejaskan berjuta-juta dan menelan belanja berbilion tahun ini. Kadar kenaikan paras laut meningkat dua kali ganda sejak 1993. Ia telah meningkat hampir 10 mm sejak Januari 2020 kepada rekod tertinggi baharu tahun ini. Dua setengah tahun yang lalu sahaja menyumbang 10 peratus daripada keseluruhan kenaikan paras laut sejak pengukuran satelit bermula hampir 30 tahun lalu. Purata suhu global pada tahun 2022 kini dianggarkan kira-kira 1.15 [1.02 hingga 1.28] °C melebihi purata pra-industri 1850-1900. La Niña penyejukan triple-dip yang jarang berlaku bermakna 2022 mungkin "hanya" menjadi tempat kelima atau keenam terpanas. Walau bagaimanapun, ini tidak membalikkan arah aliran jangka panjang; ia hanya menunggu masa sehingga terdapat satu lagi tahun paling panas dalam rekod. Purata 10 tahun untuk tempoh 2013-2022 dianggarkan 1.14 [1.02 hingga 1.27] °C melebihi garis dasar pra-industri 1850-1900. Ini berbanding dengan 1.09°C dari 2011 hingga 2020, seperti yang dianggarkan oleh laporan Penilaian Keenam Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC).
Secara ringkas, manusia perlulah menyedarkan bahawa perubahan iklim berlaku disebabkan oleh aktiviti manusia seperti penebangan hutan untuk meluaskan kawasan dan aktiviti perindustrian yang membebaskan gas seperti karbon dioksida, mentena yang memerangkap bahangan bumi serta meningkatkan suhu bumi. Manusia perlu bertanggungjawab mengatasi masalah ini supaya keharmonian kehidupan terjamin.
Friday, December 16, 2022
SESAL
Sebagai manusia, kadangkala kita akan melakukan kesilapan. Kita bukan sempurna dan melakukan sebarang kesalahan dalam sepanjang masa kehidupan kita. Begitu, kita perlulah sedar kita salah, kemudian menegur diri sendiri supaya dapat mencapai perkembangan diri. Jika kita sudah berbuat salah, jangan melarikan diri atau mengelakkan tanggungjawab. Kita perlulah berani menanggungkan kesalahan serta membuat pemulihan, sebaliknya kita akan sesal dalam sepanjang masa kehidupan kita. Ada pepatah kata, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Setiap perbuatan atau tindakan hendaklah berfikir baik-baik sebelum dikerjakan supaya kita tidak akan menyesal pada kemudian hari.
Dalam kehidupan seharian, kita mungkin menghadapi beberapa kelakuan yang kita menyesal kemudian hari. Contoh, anak tidak sabar dengan omelan ibu, seterusnya dia menjerit kepada ibu. Kelakuan ini mengecewakan hati ibu dan juga menganggu keharmonian keluarga. Anak tersebut mungkin menyesal terhadap perbuatannya kemudian ini. Jadi, anak tersebut mestilah memohan maaf kepada ibunya kerana dia tidak menghormati ibunya. Walau bagaimanapun, sekiranya anak tersebut tidak meminta maaf kepada ibu, akhirnya hubungan ibu dan anak menjadi berkarat dan keharmonian keluarga dimusnahkan. Oleh itu, kita memerlukan hati yang ingin melaksanakan pembetulan bagi kesalahan yang telah dilakukan.
Pendek kata, jangan melakukan perbuatan yang sesal, fikirlah baik-baik sebelum membuat tindakan.
Sunday, December 11, 2022
AKIBAT
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "akibat" ialah kesan buruk daripada sesuatu peristiwa atau perbuatan dan kesudahan yang tidak baik. Apa-apa pilihan atau perbuatan yang dilakukan oleh manusia memang ada akibatnya. Dengan itu, cara berfikir amat penting bagi mengelakkan manusia menghadapi akibat yang tidak mampu ditanggung. Sebagai contoh, sekiranya seseorang mahasiswa merupakan orang yang sombong, dia merasakan dia tidak perlu belajar bersungguh-sungguh tetapi masih boleh mendapatkan gred yang cemerlang dalam peperiksaan, akhirnya dia akan menghadapi akibat yang dia tidak fikirkan sebelum ini, penyesalan sudah menjadi terlambat untuk masa itu. Oleh hal yang demikian, bagi menggelakkan daripada menghadapi akibat yang buruk, kita perlu belajar bersungguh-sungguh supaya kita mendapat keputusan yang memuaskan hati. Sebagai manusia, kita mempunyai pemikiran kriteria, maka fikirlah baik-baik sebelum membuat keputusan agar mendapat akibat yang baik.
JUMPA LAGI
Blog ini mungkin merupakan blog yang terakhir bagi tugasan saya pada kursus Aplikasi Komputer. Saya bersyukur kerana mempunyai satu platform...
