Lambat merupakan tingkah laku yang dilakukan oleh orang ramai umpamanya lambat untuk datang ke sekolah, lambat datang untuk kerja, lambat hantar tugasan yang diberi oleh pensyarah, jalan dengan lambat dan sebagainya. Walaupun orang ramai mungkin tidak sentiasa lambat, tetapi memang kadang-kadang akan lambat. Hari ini, saya ada kelas Aplikasi Komputer di Makmal Komputer 3, FEP. Saya menepati masa dan sampai kelas pada pukul 8.00 pagi. Semasa saya sampai kelas, rakan sekelas pun baru masuk dan cari tempat duduk. Selepas itu, pensyarah kami, Encik Mohd Dzul Azzwan memberitahu kami bahawa telah berlaku kesilapan pengiraan kehadiran bagi minggu lepas dan cuba mencari pelajar yang tidak hadir minggu lepas. Dengan tiba-tiba, 8 pelajar lelaki lambat datang ke kelas. Mereka sudah lambat selama 10 minit. Encik Mohd Dzul Azzwan menghukum mereka berdiri sebelah pintu masuk seterusnya sambung dengan topik yang bincangkan tadi. Selepas siap bincang, pelajar-pelajar lelaki itu baru suruh duduk. Cerita ini memberitahu kami jangan lambat datang ke kelas dan kami sebagai pelajar perlulah menepati masa untuk menghadiri apa-apa kelas. Sebagai seorang pelajar dan juga dewasa, kami perlulah berdikari dan menepati masa yang ditetapkan supaya membina laluan kepada kejayaan dalam kehidupan pelajaran dengan membolehkan merancang lebih awal, membuat rutin dengan cekap.
No comments:
Post a Comment