Tuesday, January 17, 2023

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA

Disebabkan oleh Tahun Baru Cina yang dihampiri, saya telah balik awal kampung untuk sambutan perayaan tersebut. Saya berasa sangat teruja kerana boleh berjumpa dengan saudara-mara yang lama tak jumpa dan sahabat lama. Saya juga teruja dengan sesi hidangan Yee Sang. Yee Sang merupakan hidangan tradisi popular yang bercampur dengan hirisan sayur-sayuran seperti lobak merah, lobak putih, halia, kepingan ikan mentah serta kekacang yang ditumbuk, dan juga sos plum dan jus limau. Menurut kepercayaan masyarakat Cina, Yee Sang dipercayai sebagai simbol kepada kemewahan, kekayaan, kebahagian dan kemakmuran. Selain itu, saya telah membeli pakaian dan kasut yang baharu untuk dipakai semasa menziarahi ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat. Sekarang, saya sudah tidak sabar untuk jumpa dengan saudara-mara dan sahabat! 😍



No comments:

Post a Comment

JUMPA LAGI

Blog ini mungkin merupakan blog yang terakhir bagi tugasan saya pada kursus Aplikasi Komputer. Saya bersyukur kerana mempunyai satu platform...