Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "akibat" ialah kesan buruk daripada sesuatu peristiwa atau perbuatan dan kesudahan yang tidak baik. Apa-apa pilihan atau perbuatan yang dilakukan oleh manusia memang ada akibatnya. Dengan itu, cara berfikir amat penting bagi mengelakkan manusia menghadapi akibat yang tidak mampu ditanggung. Sebagai contoh, sekiranya seseorang mahasiswa merupakan orang yang sombong, dia merasakan dia tidak perlu belajar bersungguh-sungguh tetapi masih boleh mendapatkan gred yang cemerlang dalam peperiksaan, akhirnya dia akan menghadapi akibat yang dia tidak fikirkan sebelum ini, penyesalan sudah menjadi terlambat untuk masa itu. Oleh hal yang demikian, bagi menggelakkan daripada menghadapi akibat yang buruk, kita perlu belajar bersungguh-sungguh supaya kita mendapat keputusan yang memuaskan hati. Sebagai manusia, kita mempunyai pemikiran kriteria, maka fikirlah baik-baik sebelum membuat keputusan agar mendapat akibat yang baik.
No comments:
Post a Comment