Wednesday, January 18, 2023

JUMPA LAGI

Blog ini mungkin merupakan blog yang terakhir bagi tugasan saya pada kursus Aplikasi Komputer. Saya bersyukur kerana mempunyai satu platform untuk meluahkan pendapat dan perasaan saya semasa berada dalam universiti. Melalui platform ini, saya dapat melengkapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah saya iaitu Encik Dzul Azzwan  dan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya supaya saya dapat mengenai platform " Blogger" dan belajar kemahiran insaniah. Akhir kata, tiada parti yang tidak larut di dunia, kami jumpa lagi pada masa hadapan.





Tuesday, January 17, 2023

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA

Disebabkan oleh Tahun Baru Cina yang dihampiri, saya telah balik awal kampung untuk sambutan perayaan tersebut. Saya berasa sangat teruja kerana boleh berjumpa dengan saudara-mara yang lama tak jumpa dan sahabat lama. Saya juga teruja dengan sesi hidangan Yee Sang. Yee Sang merupakan hidangan tradisi popular yang bercampur dengan hirisan sayur-sayuran seperti lobak merah, lobak putih, halia, kepingan ikan mentah serta kekacang yang ditumbuk, dan juga sos plum dan jus limau. Menurut kepercayaan masyarakat Cina, Yee Sang dipercayai sebagai simbol kepada kemewahan, kekayaan, kebahagian dan kemakmuran. Selain itu, saya telah membeli pakaian dan kasut yang baharu untuk dipakai semasa menziarahi ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat. Sekarang, saya sudah tidak sabar untuk jumpa dengan saudara-mara dan sahabat! 😍



Monday, January 2, 2023

LAMBAT

Lambat merupakan tingkah laku yang dilakukan oleh orang ramai umpamanya lambat untuk datang ke sekolah, lambat datang untuk kerja, lambat hantar tugasan yang diberi oleh pensyarah, jalan dengan lambat dan sebagainya. Walaupun orang ramai mungkin tidak sentiasa lambat, tetapi memang kadang-kadang akan lambat. Hari ini, saya ada kelas Aplikasi Komputer di Makmal Komputer 3, FEP. Saya menepati masa dan sampai kelas pada pukul 8.00 pagi. Semasa saya sampai kelas, rakan sekelas pun baru masuk dan cari tempat duduk. Selepas itu, pensyarah kami, Encik Mohd Dzul Azzwan memberitahu kami bahawa telah berlaku kesilapan pengiraan kehadiran bagi minggu lepas dan cuba mencari pelajar yang tidak hadir minggu lepas. Dengan tiba-tiba, 8 pelajar lelaki lambat datang ke kelas. Mereka sudah lambat selama 10 minit. Encik Mohd Dzul Azzwan menghukum mereka berdiri sebelah pintu masuk seterusnya sambung dengan topik yang bincangkan tadi. Selepas siap bincang, pelajar-pelajar lelaki itu baru suruh duduk. Cerita ini memberitahu kami jangan lambat datang ke kelas dan kami sebagai pelajar perlulah menepati masa untuk menghadiri apa-apa kelas. Sebagai seorang pelajar dan juga dewasa, kami perlulah berdikari dan menepati masa yang ditetapkan supaya membina laluan kepada kejayaan dalam kehidupan pelajaran dengan membolehkan merancang lebih awal, membuat rutin dengan cekap.



JUMPA LAGI

Blog ini mungkin merupakan blog yang terakhir bagi tugasan saya pada kursus Aplikasi Komputer. Saya bersyukur kerana mempunyai satu platform...