Hubungan boleh dikelaskan kepada lima jenis iaitu hubungan kekeluargaan, persahabatan, hubungan romantik, hubungan kerja dan perkenalan. Hari ini, saya ingin membincangkan tentang persahabatan yang saya perolehi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Sejak saya datang ke UKM, saya telah bertemu dengan beberapa pelajar yang comel dan menarik. Kami bergaul dengan mesra. Saya berasa gembira kerana mengenali kawan baharu yang baik hati dan suka bantu-membantu. Kawan yang saya baru kenali ialah rakan serumah saya, kami sentiasa berjumpa untuk melepak di mana-mana tempat.
Seterusnya, saya juga mengenali beberapa rakan sekursus apabila menyertai sesuatu program yang dianjurkan oleh kelab pengurusan. Kami membuat arahan permainan bersama-sama. Walaupun kami kalah dalam permainan tersebut, tetapi kami masih gembira dalam proses permainan.
Ringkasnya, saya sangat menghargai persahabatan yang saya perolehi di univerisiti ini. Ia membolehkan kehidupan saya di universiti menjadi lebih menarik dan indah.